Please Click It!!

RaKan-raKAn blOG

Thursday, September 2, 2010

SEKUlARISmE

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusankeagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.

Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

Tujuan dan alasan menyokong sekularisme pelbagai. Di Eropah, sekularisme disokong sekarang ia pergerakan ke arah modernisasi. Sekularisme jenis ini, pada tahap sosial dan falsafah, masih mengekalkan agama rasmi negara atau sokongan rasmi yang lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah orang berpendapat sekularisme melindungi agama daripada diganggu kerajaan, dan pada masa yang sama di peringkat sosial sekularisme tidak meluas. Di kebanyakan negara pula, pergerakan politik yang berlainan menyokong sekularisme kerana pelbagai alasan.

No comments:

Post a Comment