Please Click It!!

RaKan-raKAn blOG

Tuesday, October 4, 2011

Praktikum Siri 2/3

Assalamualaikum
Cop Tangan Sempena Hari Kemerdekaan

4 Emerald the besT

Kena Relief Murid Pra. Dari pagi sampai balik..Memang diorang funny giler

Best gunting rambut budak..Spike kot dia

Wednesday, September 14, 2011

Banggang!!!!

x tau la nape hari ni rase sangat bangang..
aku dah fade-up..Sumpah!!semua benda aku yang salah..ko ingat ko sorang je ke betul??
What the hell..shit!!!
Sumpah laknat aku kt ko kang..x baik pulak..xpe..

Monday, July 4, 2011

Lirik Air Mata di Kuala Lumpur-Saloma (Ciptaan terakhir Allahyarham P.Ramlee

Hancur musnah
Impian mulia
Istana ku bina
Menjadi pusara

Gelaplah pasti
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan

Hidup sudah
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati

Remuk redam
Hatiku hancur
Airmata di
Kuala Lumpur

Keistimewaan Bulan Rejab

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

SUMBER=http://al-islam.wikidot.com/bulan-rejab

Wednesday, May 25, 2011

Aku Tertekan dengan Teknologi

Assalamualaikum..adoila..aku tertekan sungguh dengan teknologi ni..macam facebook,yahoo massenger,handphone dan sebagainya..Semua salah bagi aku..tak tau la apa nak jadi dengan aku nie..
Buat tu salah buat ni salah..Hopefully,,cuti ni aku akan jadi orang yang paling sibuk sekali dalam dunia supaya aku lari dari masalah benda2 teknologi ni..Memenigkan aku..Setiap kali mendatangkan masalah..Tapi korang semua jangan terasa..Ada satu HAL je yang bermasalah dengan teknologi ni..Kadang2 aku lebih suka hantar2 surat ni..Takdela teknologi sangat pun..

Ermm..Okla..Sape yang tersa tu maaflah..Aku nak bercuti ni dengan tenang..Aku rela sibuk dengan benda2 lain selain benda2 teknologi ni..

Salam..
P/s= Wak lu..Lu ingat Lu hebak ko???

Tuesday, May 24, 2011

Perjudian Dalam Sukan dan Permainan

Jenis Perjudian
  • menentukan dan mengatur perlawanan
  • Bertaruh keputusan permainan
Kesan Rasuah dan Perjudian
  • Mencemarkan imej sukan negara
  • Mutu sukan merosot
  • Kepercayaan peminat sukan terjejas
  • Menjejaskan hubungan dalam pasukan
Ciri-ciri Mengatasi Rasuah dan Perjudian
  • Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
  • Memberi penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian
  • Penglibatan ceramah agama dan kursus motivasi
  • Kebajikan atlet dijaga
  • Peranan kelab Penyokong

Jenis-jenis Pentadbiran

AUTOKRATIK
  • Pemerintah berkuasa Mutlak
  • Menggunakan kuasa dengan mengwal semua individu.
DIKTATOR
  • kETUA BERPERANAN PENTING
  • kakitangan bergantung kepada ketua
LAISSER-FAIR
  • membiarkan organisasi berjalan sendiri
  • Membolehkan individu dalam organisasi melakukan apa saja yang ingin dilakukan
ELEKTIK
  • Menggabungkan Leisure-fair dengan autokratik
  • Menggunakan jenis pentadbiran ikut situasi

Kelebihan Sukan

  • Meningkatkan tahap kesihatan
  • penggunaan masa lapang yang berfaedah
  • mewujudkan interaksi sosial yang bermakna
  • memupuk dan menjalinkan ikatan persahabatan

Faedah Mengelola

  • Tindakan yang akan diambil akan lebih berkesan
  • Menggunakan sumber yang ada dengan lebih efision dan efektif
  • Membantu dan Memudahkan tanggujawab seseorang
  • Membantu mewujudkan sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan.

Langkah-langkah dalam Mengelola

  • Pembahagian tugas berdasarkan unit/kumpulan kecil
  • memberikan autoriti dan tanggungjawab
  • membahagikan tugas secara spesifik
  • Mengkoordinasi sumber organisasi
  • Menentukan Span of Management

Monday, May 23, 2011

Fasa Perkembangan Dan Fasa Perlaksanaan oleh Edmund Burke Feldman

PERKEMBANGAN
  • Pemerhatian
  • Kajian Visual
  • Perubahan tabiat kerja
  • Penerokaan makna (Simbolisme)
PELAKSANAAN
  • Kawalan
  • Ada
  • Pemilihan
  • Ekperimentasi
P/s=Tribute to Cik Zaharah (Pensyarah PSV, IPG KIK)

Mohd Hoessin Enas vs Syed Ahmad Jamal

Mohd Hoessin Enas
  • Pengasas Majlis KEseniaan Melayu
  • Pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung
  • Pengaruh lukisan potret yg kuat dikalangan pelukis Melayu
  • Dianugerah gelaran Pelukis Potret Diraja oleh Sultan Selangor
  • Membuat Pameran Solo dan Berkumpulan
  • Contoh hasil karya adalah Gadis Melayu dan Mengutip Daun Tembakau.
Syed Ahmad Jamal
  • Pengarah Balai Seni Lukis Negara
  • Bekas Ketua Jabatan PSV, MPIK
  • Pengerusi Angkatan Pelukis Se Malaysia
  • Presiden Persatuan Pelukis MAlaysia
  • Membuat pameran Solo dan Berkumpulan
  • Contoh hasil karya ialah Umpan dan Gunung Ledang.
p/s=tribute to CIk Zaharah...

Kain Pua Kumbu

Motif
-Lagenda dan mitos(peralatan dan flora)

Bahan
-Benang kapas sederhana besar

  • Pakaian rasmi perayaan, upacara mengubati pesakit, istiadat menangkap burung kenyalang, pakaian pengantin dan menyambut kelahiran bayi
  • Dikenali sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan kaum wanita Iban di Sarawak.
  • kain tenunan pua menarik dengan warnanya kemerah-merahan dan coklat tua.
  • Dipakai semasa menyambut perayaan Hari Gawai yang mana dirayakan oleh masyarakat Iban.

Pengenalan Seni Barat

  • Pra Sejarah
  • Aliran2 seni abad ke 17-20
Renaissance
  • Kelahiran semula
  • Memokuskan Figura
  • Penumpuan kepada kadar banding, anatomi dan perspektif
Pelukis Zaman Renaissance
  • Leonardo Da Vinci
  • Michelangelo
  • Donatello
  • Sandro Botticelli
Ekspressionisme
  • Menolak ciri-ciri klasik
  • Akibat daripada kesempitan hidup semasa perang dunia pertama
  • ingin menyuarakan pengalaman pahit seniman
  • Menitikberatkkan soal2 kejiwaan
  • mengemukakan tema maut, resah, suara jeritan, tangisan, ganas dan geram..dan sebagainya

Sunday, May 22, 2011

BAHAYA BOTOL PLASTIK DALAM KERETA

Reminder!

No matter how many times you get this
E-mail, Please send it on!!!!

Bottled water in your car is very dangerous!

On the Ellen show, Sheryl Crow said that this is what caused her breast cancer.
It has been identified as the most common cause of the high levels of dioxin in breast cancer tissue.

Sheryl Crow's oncologist told her:
women should not drink bottled water that has been left in a car.
The heat reacts with the chemicals in the plastic of the bottle which releases dioxin into the water. Dioxin is a toxin increasingly found in breast cancer tissue.

So please be careful and do not drink bottled water that has been left in a car.

Pass this on to all the women in your life. This information is the kind we need to know that just might save us!

Use a stainless steel canteen or a glass bottle instead of plastic!

LET EVERYONE WHO HAS A WIFE / GIRLFRIEND / DAUGHTER KNOW

No plastic containers in microwaves.
No plastic water bottles in freezers.

No plastic wrap in microwaves.

Dioxin chemical causes cancer, especially breast cancer.

Dioxins are highly poisonous to cells in our bodies.

Don't freeze plastic
bottles with water in them as this releases dioxins from the plastic.
Recently the Wellness Program Manager at Castle Hospital , was on a TV program to explain this health hazard.

He talked about dioxins and how bad they are for us.
He said that we should not be heating food in the microwave using plastic containers....
This especially applies to foods that contain fat.

He said that the combination of fat, high heat and plastic releases dioxin
into the food.

Instead, he recommends using glass, such as Pyrex or ceramic
containers for heating food. You get the same result, but without the dioxin.

So, such things as TV dinners
, instant soups, etc., should be removed from their containers and heated in something else.
Paper isn't bad but you don't know what is in the paper.
It's safer to use tempered glass, such as Pyrex, etc.

Friday, May 20, 2011

Ada aku Kisah ke Tak??

Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera..

Aku agak bengang di sini..So, sedang aku menaip blog nie..baik korang jgn kacau aku..huhuhuhu..Aku bukannya nak menceritakan keburukan orang tapi just kisah orang..yang membuatkan aku rasa marah sampai tengik nie..Apa2 pun..korang mesti 'thinking positive' ea..

Duit memang penting lebih2 lagi kita atau aku ni yang bergelar PELAJAR..Main of the story is 'Hutang Tetap Hutang..
Ayatnye berbunyi seperti ini..

A: Wei..tolong belikan aku nasi lemak. Balik kang aku bayar.
B: Ok2..Kang aku beli..
A: Bereh2..Terima Kasih ea..
B: Sama2..

(Bukan ayat sebenar tetapi diubah2 sket)

Sampainya di rumah,.
A: Nah nasi lemak kau..
B: Ok2..Terima kasih..Jap ag aku bayar..
A: Ok2..

erm..nak menunggu dia berbayar tu entahla bila..Kalau jarang2 tu tak pela..Aku pun kadang2 xkisah pun duit tu..Tapi ni sudah berlaku banyak kali..Arghh!!!!Fade-up aku.. :-(

So..aku bertindak positif saje..Mungkin aku pun ada gak lupa time suh orang lain beli brg,,huhuhu..Xpela..HALALKAN Sahaja..

P/s: Aku cuba untuk melaksanakan ini. 'Biarlah tangan kita lebih banyak memberi daripada menerima..

Assalamualaikum..

Monday, May 16, 2011

Proton Inspira Convert Evo X

Salam.
.ermm bab2 kereta ni buat aku rambang mata jer..huhuhu...korang mesti kenal kan Proton Inspira dengan Evo X..huhuhu..Lebih kurang sama je..Tapi harga Evo X lagi mahal dari Inspira..tapi MasyaAllah..design lebih kurang je..

Harga pasaran Inspira dalam RM80k..Ok la tu kot sape2 yang tak lepas nak amek Evo X..Korang boleh convert Evo X..ala-ala sebijik gitu..

Ini adalah gambar seket rupa bentuk yang diorang ni convert Evo X..Tapi memang lawa..Aku rasa macam nak angkat Inspira je sekarang..Ada sape2 nak tukar dengan JFU x??hahaahaha

Gambar anak kedua Rita Rudaini Aidil Zafuan

Kes Liwat: Anwar Diarah Bela Diri

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, diarahkan untuk membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berlaku dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang perlu dijawab oleh Anwar.

Pada penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata mahkamah berpendapat Mohd Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang bercakap benar tentang kejadian liwat tersebut dan kredibilitinya tidak dipersoalkan.

Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini dipenuhi oleh penyokong-penyokong Anwar, yang turut melaungkan sorakan 'reformasi'.

Difahamkan, ada dikalangan mereka yang datang dari Kedah, Perak dan telah mula berhimpun sejak pukul 4 pagi. - mStar Online

Sunday, May 15, 2011

Guru..

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera..

ermm...pasal guru..bukan cikgu di sekolah adalah guru tetapi sesiapa yang mengajar seseorang walaupun sekecil zarah..dia seorang guru..Ibu bapa kita juga seorang guru..nenek,datuk,kawan,polis,JPJ,Kastam,doktor dan sebagainya adalah seorang guru...

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan kepada guru-guru yang banyak berjasa kepada aku terutamanya guru-guru yang mengajar aku..

Tadika Kemas Kem Batu 10, Kuantan,
Tadikan Kemas (F) Bukit Mendi
Sek. Keb. Pengkalan Tentera, Kem BT. 10, Kuantan,
Sek. Keb. (F) Bukit Mendi,
SMK Sri Damai,Kuantan,
SMK Agama Pahang,

dan juga tempat ku belajar sekarang..
IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras..

Jasa-jasa tetap ku kenang..

Friday, May 13, 2011

Follow..ikut..dan pe2 lagi lah..

Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera..
Topik ini aku cukup suka nak membebel kat sini..
Suka sangat ikut orang..Bolehke?patutke?SUkake??

Orang nak g sini..dia nak g sini..
orang nak g sana..sibuk nak g sana..
huhuhu..peningla macam nie...

Erm..nak dipositifkan balik....
Xpela..itu hal dia..hal dia..
so..kita janganlah ambil tahu sangat..
biarkan..biar je diorang wat apa..
Yang Penting 'KITA ENJOY!!!'

p/s= Fikirlah positif ye kamu2 semua..

Sunday, May 1, 2011

Kenangan BirthDay Kavi 2010

2008?

Kenangan pada tahun 2008..Di KFC Jusco Maluri.
Baru balik book fair..
Sebelum ni,aku sedang menusha sidia tetapi..
apakan daya..aku seorang PEMALU..

(tRIbute to aLL)
(Syam,Seha,Aku & Yatie)

Arsenal was Beat Macha UNited

Hahahaha...aku gembira malam nie.Hujan renyai2 aku sanggup ke kedai mamak nak tengok bola..Super Sunday..Dulu gua minat si Ramsey ni sebelum dia patah kaki..Tragis aku tengok dia kena terjah ngan Shawcross..

Insiden ni berlaku tahun lepas..huhuhu..pe2 pom..all the best..Tahniah...

Arsenal won 1-0 (Ramsey 56')

P/S- Tidur dengan tenang la malam nie..hahaha..

Wednesday, April 27, 2011

FAST & FURIOUS 5

  • Tak sabar nak tengok movie ni..
  • memang favourite aku..
  • semua sekuens dia aku dah tengok..
  • memang mantap.
  • bab2 kete ni aku memang laju..

PES 2010

Aktiviti aku masa lapang sekarang ini
adalah bermain PES 2010
sepatutnya dah 2011..
al-maklumlah..CD 2011 punya dah hilang..
huhuhu

cover depan
main page

Mengidam Ayam Goreng

hahaha..ayam goreng pasar malam...
menjadi idamanku malam ini...
huhuhu..salahkahku???
malam besok aku muncul kembali..
dengan ayam yang baru...

All Done??

As salam...adakah semuanya sudah berakhir untuk aku pada smester ini?
  • praktikum
  • assigment
  • amali seni
  • dsb.
huhuhu..Ada lagi bakal berlaku iaitu PAMERAN SENI..So kepada kawan-kawan, sebelum exam ada amali seni yang perlu dilaksanakan..Huhuhu..

Kalau nak diikutkan memang lah kita ni ada pengalaman dalam membuat pameran cuma satu je yang perlu di'handle' iaitu masa..huhuhu..

Zaman Pra dulu-dulu
(still remember dat moments)

NikAh GanTuNG from iluvislam.com

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

- Artikel iluvislam.com

p/s-tribute to iluvislam..huhu..aku dah baca and korang fikir-fikirkan lah...

REfleksi Praktikum

assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Memang tak sia-sia aku datang kat maktab semata-mata nak dengar refleksi praktiukm oleh En. Adam. Banyak penerangan benda yang aku dapat.
1st- Pensyarah suruh buat praktikum jauh-jauh tapi en. Adam kata pula buat dekat-dekat. Dapat jimat duit dan sebagainya. Bayangkan kalau buat dekat Shah Alam or Kuala Selangor. TOL,MINYAK,SEWA RUMAH dan lain-lain lagi..Adoyai, banyak masalah la..Kewangan student IPG siapa tahu. Pensyarah dah bergaji tinggi, student pulak pakai duit elaun. Mane ada duit la. Bukan semua anak orang kaya yang masuk IPG nie..Aku sokong en Adam.

2nd- Bayaran elaun praktikum. huhuhu..Agak kurang senang bila dengar bab elaun ni. Duit tak da ma..Tak pela asalkan duit yang di beri tu boleh diguna pakai untuk internship nanti. HUhuhu..Biar susah sekarang, nanti senang kemudian.. Sabar jela..

3th- Masalah pensyarah yang ada buat hal masing-masing. Nak aku bagitahu bukan semua tapi ada segelintir la. Markah bergantung kepada pensyarah pembimbing masing-masing..huhuhu..

So, aku dah tak tahu nak cerita pasal apa. Saje petang-petang hujan ni, baik aku menaip dari tidor..ok tak?amacam?

P/S-Wekend ni cuti. Tak tahu nak buat apa..huhuhuhu...

Tuesday, April 26, 2011

Asap Rokok Penyembuh Penyakit

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Memang ramai yang beranggapan bahawa asap rokok boleh menyebabkan kematian. Tetapi ketika aku membaca surat khabar 'tuutt' dalam minggu ini, ada artikel yang menyatakan asap tembakau boleh menyembuhkan penyakit. Aku tak dapat maklumat yang detail dalam internet ni tapi ada gambar yang menunjukkan doktor di situ berubat dengan asap tembakau. Kejadian ini berlaku di sebuah klinik di Indonesia..

Sunday, April 24, 2011

deRIta CintA SeoRAng GuRU

salam..huhu..dah lama gua x post entry kat blog nie..dah jadi macam tak aktif pulak..bukan apa..keje banyak..assigment lagi..praktikum pulak..adoii..tension gua..

Nak dijadikan cerita..kisah yang tak pernah kita alami tetapi mungkin boleh kita alami. Melibatkan seorang guru lama dengan kisah cinta beliau. Cinta tak dapat dinafikan cinta itu buta. Ketika praktikum di salah sebuah sekolah rendah di Ampang (sekolah dirahsiakan) gua ada bersembang dengan seorang guru lelaki paling lama di sekolah tersebut. Beliau di sana lebih kurang 22tahun lamanya.

Kisah cinta si dia penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun akhirnya mempunyai hikmahnya. Berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Mereka menjadi suka sama suka. Dikurniakan 2 orang cahaya mata. Namun akhirnya, dia mendapat tahu bahawa isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain di pejabat. Hancur hati jika kita tahu isteri kita mempunyai kekasih lain di luar. Sama sahaja. Jangan menanggap lelaki saja yang curang tetapi perempuan ada juga.

Cikgu lelaki ini tabah membesarkan kedua-dua anaknya. Mereka ditinggalkan ketika berusia 4 tahun yang sulungnya. Cikgu itu menceritakan sekiranya ada kursus, beliau akan membawa anaknya sekali berkursus. Paling lama beliau membawa anaknya adalah selama seminggu. Itulah tugas beliau menjaga anak tanpa bantuan isteri.

Anak-anak tidak menjadi masalah kepadanya. Segala asuhan dan didikan yang betul menjadikan mereka insan berguna. GUa khusyuk mendengar cerita cikgu tersebut. Gua sangat respek kerana beliau seorang yang sangat tabah. Sekarang umur anaknya yang paling sulung 17 tahun ke 20 tahun la..Aku pun dah lupa..

Berbalik kepada apa yang terjadi pada bekas isterinya. Dia telah berkahwin dengan lelaki tersebut namun sampai sekarang tidak dikurniakan anak lagi. Kita dah nampak balasan Allah kepada si bekas isteri itu. So sekarang, ex dia tu sebok2 plak nak kat anak dia..Huhuhu..Apa nak jadila..

p/s-Pilih pasangan, pilihlah yang sebaiknya bukannya utamakan paras rupa. Sebab kita akan hidup bersamanya selama-lam yang mungkin..

Wednesday, March 9, 2011

Aku menyesal kawin (Bukan Cerita Sebenar Penulis)

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

Tuesday, March 8, 2011

SALAM TAKZIAH BUAT SEHA

Dalam mengharungi dunia yang serba moden,janganlah kita lalai dengan tuntutan Allah SWT..
Aku dikejutkan dengan berita bahawa abang kepada sahabat aku, Fasehah telah excident..Namun setelah lebih kurang seminggu terlantar di hospital, beliau telah menghebuskan nafas terakhir pada tengahari 8 Mac 2011..Salam takziah diucapkan kepada Fasehah sekeluarga,
Dikesempatan ini juga,aku dan rakan2 telah menziarah keluarga arwah di Felda Sg. Retang Jerantut. Ini merupakan kali kedua aku ke sana.
Perjalanan yang menarik dengan 3 biji kereta..

p/s=Al-Fatihah buat Arwah.Semoga Roh beliau dicucuri rahmat.

Friday, February 18, 2011

cita-CITA??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua..

Dalam2 duk aku melayan FB, ada satu group telah meng'add' kan aku..huhuhu..rupa2nya,group tu adalah Batch aku masa sekolah rendah..SK Pengkalan Tentera..Setakat nie yg aku tengok, tak ramai lagi geng2 aku yg join group tu..Hopefully,kepada kawan2 yg berada di luar sana tu..join2 la group nie..

Cakap pasal cita2..dalam aku menjejaki kawan2 lama time sekolah rendah dlu..aku tengok..kebanyakkan mempunyai cita2 seperti bapa mereka iaitu seorang tentera..Aku juga mempunyai impian hendak menjadi tentera tetapi tak kesampaian..huhuhu..Syok plak tengok diorang pkai uniform tentera tu..Jeles pun ada gak..Tapi aku tetapp bersyukur dengan keadaan aku sekarang 'even im not an army'..aku bakal seorang guru..yeahh...'Saya Bangga Menjadi Guru!!!'

Jadi, walaupun cita2 kita tidak kesampaian..Allah telah memberikan yang terbaik untuk Umat-Nya..Semua itu Allah Maha Mengetahui..Tak pelah,,cukuplah kawan2 aku jadi tentera,,masuk UPNM, MTD, KTU dan sebagainya..Tahniah kepada Anda semua..

King : Ayah askar, sepupu askar, bapak sedara pun askar..Tentera Udara plak ada sorang..Arwah atuk Polis Hutan...Pak sedara lagi pencen askar..huhuhu..adik2 aku yg len??xtaw lg..Rase macam ada yg mewarisi sifat Ke'askar'an macam mereka2 semua..

15 FEBRUARI 2011 : Maulidur Rasul [ Hari Kekasih kita]

Pada 12 Rabiulawal 1432 hijrah (bersamaan 15 Febuari 2011), adalah hari kelahiran (maulud) rasul junjungan kita Rasullullah s.a.w . Kita menyambutnya bertujuan untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan baginda menyebarkan islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Jom sama-sama Selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi muhammad s.a.w .

*Sebarkan EVENT ini supaya tahun ini, hari ini lebih diingati dan dirai berbanding hari semalamnya [14 februari].

king : tak perasan pun valentine day tuh..alhamdulillah..xde pe2 cerita yg aku dengar lagi..assalamualaikum..

Saturday, January 22, 2011

JimAT+ElauN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

dah lama aku x meng'update' blog nie..huhu..malam2 minggu yang teramat bosan nie..tiba2 plak nak on9 n update blog..
nak jadi blogger tegar..tapi macam2 hal boleh berlaku..
so..ada masa terluang, aku ambil kesempatan nak menceritakan sedikit mengenai pengalaman aku..
aku..MUHAMMAD AZRAF HANIF BIN MOHD NOR...suka sangat2 tengok orang..
err,,maksud aku bukan 'usha' orang..tapi nak tengok perangai diorang..
macam2 gelagat boleh kita lihat sendiri..
bagaimana dengan anda??tepuk dada tanya selera..haha(xde kaitan)

huhuhu..macam2 ragam manusia kat dunia..Alhamdulillah,,Allah berikan segala pancaindera untuk digunakan sebaik mungkin..
mata untuk melihat,,telinga untuk mendengar,,mulut untuk berkata2 dan sebagainya..

Pernahkah anda melihat atau terjumpa seseorang 'jika melihat dirinya,,sejuk hati'..?
zaman kian berubah dari masa ke masa..sukar untuk kita melihat air muka manusia sama ada baik atau jahat..sukar2..

saya berpendapat bahawa jangan menilai seseorang itu berdasarkan rupa parasnya..sebaliknya,,selidik latar belakang mereka..jika kawan, alhamdullilah tetapi jika 'kawan',,berjaga2 lah anda..
Anda mampu mengubah kehidupan diri anda..

p/s=hahaha..aku buat tajuk lain tetapi bercerita tentang tajuk lain..huhu..maafkan saya..entri pada lewat2 malam memang sebegini..Assalamualaikum...

Saturday, January 8, 2011

FutSAl & FooTBAll

Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Tonton video anak diperkosa

TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya.

Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri.

Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan.

Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut.

Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

SUMBER: myMetro.com

p/s-Ingatkan jiran boleh dipercayai,,tetapi baik-baik berhati-hati..Jagailah keluarga anda =)

Thursday, April 28, 2011