Please Click It!!

RaKan-raKAn blOG

Saturday, January 22, 2011

JimAT+ElauN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

dah lama aku x meng'update' blog nie..huhu..malam2 minggu yang teramat bosan nie..tiba2 plak nak on9 n update blog..
nak jadi blogger tegar..tapi macam2 hal boleh berlaku..
so..ada masa terluang, aku ambil kesempatan nak menceritakan sedikit mengenai pengalaman aku..
aku..MUHAMMAD AZRAF HANIF BIN MOHD NOR...suka sangat2 tengok orang..
err,,maksud aku bukan 'usha' orang..tapi nak tengok perangai diorang..
macam2 gelagat boleh kita lihat sendiri..
bagaimana dengan anda??tepuk dada tanya selera..haha(xde kaitan)

huhuhu..macam2 ragam manusia kat dunia..Alhamdulillah,,Allah berikan segala pancaindera untuk digunakan sebaik mungkin..
mata untuk melihat,,telinga untuk mendengar,,mulut untuk berkata2 dan sebagainya..

Pernahkah anda melihat atau terjumpa seseorang 'jika melihat dirinya,,sejuk hati'..?
zaman kian berubah dari masa ke masa..sukar untuk kita melihat air muka manusia sama ada baik atau jahat..sukar2..

saya berpendapat bahawa jangan menilai seseorang itu berdasarkan rupa parasnya..sebaliknya,,selidik latar belakang mereka..jika kawan, alhamdullilah tetapi jika 'kawan',,berjaga2 lah anda..
Anda mampu mengubah kehidupan diri anda..

p/s=hahaha..aku buat tajuk lain tetapi bercerita tentang tajuk lain..huhu..maafkan saya..entri pada lewat2 malam memang sebegini..Assalamualaikum...

Saturday, January 8, 2011

FutSAl & FooTBAll

Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Tonton video anak diperkosa

TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya.

Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri.

Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan.

Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut.

Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

SUMBER: myMetro.com

p/s-Ingatkan jiran boleh dipercayai,,tetapi baik-baik berhati-hati..Jagailah keluarga anda =)