Please Click It!!

RaKan-raKAn blOG

Saturday, July 31, 2010

Weekend yang Hujan =(

assalamualaikum w.b.t.

rase dh lama x update blog nie..hhuhu
mcm2 dugaan n cabaran yg aku dpt..sedih2..dugaan dri Allah Yang Maha Kuasa..
minggu ni Pc rosak..keje pe xleh wat..huhu..
problem ada je..nasib baik ada orang yg support aku dr blakang..thanks..=)

duit..duit.. oh duit..huhuhu
dah ada elaun..duit pun tak cukup2 lg..huhu
agaknye..aku ni boros kot..
aku dah plan untuk elaun yang baru nie..
nk jimat..nak jimat!!!..tolonglah aku..

hari ni 31 Julai..
besok 1 ogos..
next week puasa..
next month..RAYA..hahaha
sekejap je masa berlalu..
aku dah sem 4 eak..rase mcm baru masuk maktab jer..

lebat hujan kat luar..
camnela aku orang yang naik motor eak..
mesti basah kuyup nanti..
relaxla..pengalaman..aku pun pernah gak naik motor hujan2..
lagi lebat tuh..

duk sorang2 dalam rumah ni..
semua orang keluar..
handset senyap jerw
xde orang nak mesej..
xde orang nak call =(

waa...waa...buhsannye...
nak letak gambar tapi mesti ada kamera..
aku nak beli kamera..
nak beli jugak!!!
kamera hanset ada tapi hanset plak rosak..
huhu..x syok r post xde gambar..huhu
relax2..cool jew..

huhuhu..last2..aku letak gambar aku jela =)
peace nor war...!!

assalamualaikum...=)

Sunday, July 18, 2010

Sg. cOnGKak

salam...erm..dh lama x update blog nie..huhu..aku just nk share ngan korang2 semua je..pada tanggal 11 Julai..aku g sg congkak..hahaha..tp xdela sorang2..ngan classmate aku semua..huhu..
dtg2 nk release tension jerw..saje2..eratkan hubungan..
ermm..hopefully pasni ada byk lagi la program ngan bdk2 kelas eak..kita eratkan ukhwah...dekatkan apa yg telah renggang..

sepatutnye aku dh post lama dh..minggu lpas tp ade BIG..huhu..x jadi la plak..huhuhu..
teletubies malaysia..hahaha
aku tw diorg bosan sbb x mandi..hehehe
orang yg x mandi..takot air
orang yg ditendang dlm air.. i like.!!
jejaka gagah dan tersangat tampan..hahaha

nina,,seha n cik..keje mengendap anak bujang org tukar baju..hahaah
mandi x ingat dunia

kemas brg...banjir..huhuuapa yg penting...kita makan..hihi..

huhuhu...ermmstakat ni kot gmbo yg aku upload utk korg2 tgk..huhu..yg len xde lg r..ada byk tp malas r nk upload..huhu..
ok lah..aku chow dlu..tata..salam..

KOSMO : Haram pakai jersi lambang salib

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

NOOH GADOT

ARKIB=KOSMO ONLINE

Sunday, July 11, 2010

fEElinG

cinta tak semudah yang disangka,
banyak perkara yang perlu kita fahami,
bukan mudah untuk bahagia,
tetapi pelbagai cara utk bahagia,

hati bukan untuk dijual beli,
sama seperti dengan perasaan,
jangan menanggap insan lemah seperti aku tak pandai berperasaan,
kerana tidak semua orang boleh memahami perasaan aku.
sesiapa yg kenal aku,mereka tahu itu aku...

senyap tak beerti 'kosong',
berkata pula tidak semestinya bijak,
aku mmg suka senyap,
sebab senyap berharga untuk aku,,

huhu..sangat penat hari ni..gi mandi2 ngan classmate..pe2 pon..we've done it!..congratulations to all...
erm..bosannyela..huhu..xtw nak buat apa..huhu..
huhu..so karya atas time aku tengah bosan..huhu

p/s-siapa2 yg ada gambar time picnic td..nak eak..nak upload kt blog nie..yeezza..

salam...

Saturday, July 10, 2010

PicNiC

assalamulaikum....

aku xtw aku nk post apa..huhu..tp yg aku tw pg besok bersamaan 11 Julai 2010,,aku ngan budak2 kelas kawan aku nak pergi picnic dgn err...aku xtw r plak..huhu
sama ada sg congkak @ sg. gabai..huhuhu..aku pn xtw..saje jerw nk post kt snie..haha

hopefully..pada bdk G4.5..happy tomorrow ea..dont noty2..hahaha..

p/S=nati aku uploadkan gambo2 kt tmpt yg kita picnic nati eak..

have a nice holiday to you all..

Tuesday, July 6, 2010

mY clAssMAte

assalamualaikum w.b.t.

erm..banyak pengalaman manis sepanjang aku berada di institut perguruan nie..alhamdulillah..banyak perkara baru yg aku pelajari..biarlah hidup ini depenuhi dengan pengalaman..jangan jadi seperti orang 'kosong' jerw..tak tau apa2 sepanjang hidup mereka..huhu.
so,,dalam kelas yang ada 20 orang nie..banyak program dan aktiviti2 yg telah kami adakan..memang syok duk kelas PSV nie..macam2 karenah aku dah jumpa..huhuhu..

gambar ni masa kat kelas..yang duduk sebelah kiri marziah tu tutor aku..pn.Norliza..time ni if tak silap ada jamuan seket kat kelas aku..tutor aku belanja..hahaha...

get ready untuk amek gambo..1..2..3..peace!!

ape kes nie??

lelaki melayu terakhir..hahaha

huhu..part nie..gambar dioarang je yg ada..huhuhu..

huhu...yang nie event tahun lepas yang pnya..huhu..nati aku upload event lain plak..hehehe..salam

Monday, June 28, 2010

LagENda BudAk seTAn

salam...
bertemu kita kembali lagi..huhuhu
aku dh tgk citer Lagenda Budak Setan..aku bkn jiwang pun tp aku suka style farid kamil berlakon..huhu

aku suka lagu ost citer nie.. bila cinta..layan laa..

x lupe juga..
aku sertakan lirik nya..hee..

Bila cinta kini.

Tak lagi bermakna

Yang ku rasa kini

Hanyalah nestapa

Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan

Manisnya janjimu

Yang ku sambut itu

Dengan segenap hatiku

Bila engkau pergi

Tinggalkanku

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Ternyata memilih

Cinta yang fana

Perginya dirimu

merobek jantungku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Uuu...

Dalam harapan

Saturday, June 26, 2010

Al-Fatihah 2

assalamualaikum..erm aku pun xde mood nk type ptg2 nie..huhu..
sambungan dr kisah minggu lepas tu sebenarnya kawan tempat keje bapak aku meninggal..sedih gk r..muda lg..anak pun kecik lg..if x cilap aku 3 orang..paling besar darjah 2..1 kelas ngan adek aku..pling kecik 6 bulan..huhuhu..kecik lg..sian la aku tgok..ermmpe2 pon..kita sedekahlah Al-Fatihah kpda arwah..
Al-fatihah..

Sunday, June 20, 2010

Al-Fatihah...

assalamualaikum w.b.t......

hidup seseorang itu berbeza-beza..ada panjang umur,,ada pendek umur..
hari khamis yg lepas 17hb jun..aku balik pahang sebab dh xde duit duk kat kL nie..huhu..:-(
tp aku balik lewat sket la..dlm pukul 6ptg aku sampai rumah..pelik plak..bese aku tgk CBV 5871 ada je kt garaj kete tp xde..aku kuar kete tgok adik2 aku ngan sepupu2 aku pun ada kt rumah...fuh..mmg penuh la rumah aku ngan budak2..xpe..diorang nie menceriakan rumah aku lagi..
balik semula pasal cite nie..rupa-rupanya mak bapak aku g hospital temerloh..adik aku cakap kawan abah aku masuk hospital..(dlm hati aku teragak2..sape kwn bapak aku tuh)huhuhu..penuh tanda tanya..cuak pun rase gak..
pastu aku col abah aku cakap aku dah sampai..beliau memberitahu bahawa beliau bersama ibu aku ada kat hospital..pastu aku dpt arahan plak...--pastikan budak2(adik2 n spupu2 aku) masuk rumah kul 7pm..erm..xsempat nak tnya 'tgk sape?'..dh letak tepon..huhuhu..
ermm..aku msg mrs.nyonyeh tp x reply pom..huhu..xpelah kot..aku tw dia seorang yg rajin..mesti dia tgah masak kot..xpun makan..hahaha..dia ajar aku fikir positif..so..kna pkir + la..eh..sambung cerita...kul 8 lebih plak..ibu aku tepon...huhu..dia bgtw kawan bapak aku mninggal..urm..aku tanyala sape..pahtu beliau menjawab..cik rosli...ush..terkejut aku..aku rase beliau muda lg..anak pun kecik lg..huhu..

alamak aii..aku rase lapar plak nie..nati aku sambung episod 2 plak..nk makan jp..huhu..sowry2..xtahan..lapar sgt..:-p gambar ni xde kaitan ngan citer di atas

Tuesday, June 15, 2010

SAYANG SIAPA? ANAK @ KERETA?

Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya.. kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

“Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayah.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.

“Bagi makan panadol tu,” balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

“Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah” kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Sumber: Mastika Mei 2004

soYA meNgurAnGkan SpeRMA!!!

OSTON: Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.

Kajian mendedahkan, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya.

Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata. Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.

Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.

Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.

Diketuai Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.

Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari. Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik. Agensi

keBURukAN teLEfon BimBit..

Terpaksa dibedah kerana main SMS

Terpaksa dibedah kerana main SMSCHICAGO – Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.

Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.

Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

“Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh,” katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik. – Agensi

Pangajarannya: Kurangkan bermain SMS dan juga kurangkan penggunaan komputer. Nanti tak pasal-pasal kena bedah pulak. Nak ke?

KuranGkanLaH keTAwa AnDa!!

Jika kita banyak ketawa di dunia..nescaya kita akan lebih banyak menangis di akhirat kelak. Tetapi jika kita banyak menangis di dunia..menangis kerana TAKUTKAN ALLAH..menangis kerana MENGENANG SEDIKITNYA AMALAN..menangis kerana MENGENANG BANYAKNYA DOSA..BANYAKNYA MENGANIAYA ORANG LAIN..menangis kerana rasa KERDILNYA DIRI DI HADAPAN ALLAH..HINANYA DIRI BERBANDING orang LAIN..insyaALLAH kita akan banyak tertawa di akhirat dengan nikmat ALLAH SWT. Tidak akan dihinggapi api neraka, mata2 orang yang menangis kerana ALLAH SWT.

Apakah kita sudah bersedia untuk mengadap Khaliq kita, ALLAH Yang Maha Agung? Sedang maut datang tidak kira masa..tidak kira tempat.Ingin saya berkongsi dengan sidang muslimah yang dihormati sekalian, berkenaan petikan kisah Tangisan Jibril dan RasuLULLAH SAW, dari buku berjudul HIDUP SESUDAH MATI, karangan BEY ARIFIN, terbitan PUSTAKA NASIONAL..hayatilah..

DIRIWAYATKAN dari Umar Ibnul-Khattab lah.a.:
Telah datang Jibril kepada Nabi Muhammad bukan di waktu yang biasanya ia datang, Rasulullah lalu berdiri mendapatkannya dan berkata:

"Hai Jibril, Kenapa saya melihat engkau berubah warnamu?" Menjawablah Jibril: "saya diperintahkan ALLAH datang menerangkan semburan api neraka."

Berkata Rasulullah "Terangkan kepadaku keadaan NERAKA dan hal ihwal JAHANNAM." Berkata Jibril" Sesungguhnya ALLAH memerintahkan agar jahannam dinyalakan apinya seribu tahun lamanya, sehingga kerana semakin panasnya maka berubahlah warna apinya menjadi putih. Lalu diperintahkan menyalakannya seribu tahun lalu, sehingga warna apinya berubah menjadi hitam, hitam yang gelap, sehingga tak bersinar lagi gejolakannya dan tak padam2 bakarannya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau dibukakan Jahannam itu sebesar lubang jarum, maka akan TERBAKARLAH BUMI DAN SEGALA ISINYA kerana panasnya. Dan demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penghuni Neraka itu didatangkan ALLAH ke bumi ini, akan MATILAH SELURUH MANUSIA yang mendiami bumi ini dari KEJELEKAN MUKANYA DAN KEBUSUKAN BAUNYA. Demi Tuhan yang telah mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya satu lingkaran (ring) dari rantai Neraka diletakkan di atas sebuah gunung di dunia ini, akan TEMBUSLAH GUNUNG itu sampai ke dasar bumi yang paling bawah."

Maka berkata Rasulullah SAW "Untunglah ya Jibril, jantungku tidak sampai pecah sehingga saya mati mendengarkan keteranganmu ini."

Rasulullah melihat JIBRIL MENANGIS, RASULULLAH TURUT MENANGIS dan berkata "Kenapa engkau sampai menangis pula ya Jibril sedang kedudukanmu begitu rupa di sisi ALLAH?" Berkata Jibril "Kenapa saya tidak menangis, kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu ALLAH tidak seperti yang saya ketahuii, dan saya tidak tahu apakah saya tidak akan mengalami cubaan sebagai yang telah dialami oleh IBLIS, sedang iblis itu termasuk golongan Malaikat (tetapi menyeleweng), dan saya tidak tahu apakah saya akan mengalami akan apa yang dialami oleh malaikat Harut dan Marut."

Maka menangislah Jibril dan menangis pula Rasulullah. Lama keduanya menangis, lalu datanglah seruan dari langit yang berbunyi "Hai Jibril, hai Muhammad, sesungguhnya ALLAH AZZA WA JALLA telah menjamin engkau berdua tidak akan sampai durhaka."

Lalu Jibril naik ke langit, dan Rasulullah meneruskan perjalanan beliau;sehingga bertemu dengan sekelompok orang-orang Ansar sedang bermain dan ketawa-ketawa. Lalu berkata Rasulullah kepada mereka:

"Apakah kamu ketawa-ketawa, sedang di belakangmu Neraka JAHANNAM, sekiranya kamu tahulah akan apa yang saya ketahui, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan akan menangis banyak, kamu tak akan makan dan tak akan minum, malah akan menuju ke tempat-tempat tinggi untuk bermohon dan minta perlindungan ALLAH."

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas bin Malik: Rasulullah menanya Jibril "Kenapa saya tidak pernah melihat Mikail ketawa? Jawab Jibril " Tidak pernah Mikail ketawa SEJAK DICIPTAKAN ALLAH NERAKA."

Diterangkan pula bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak pernah ketawa sejak mengetahui keadaan Neraka. Beliau hanya pandai tersenyum sejak waktu itu. Hanya kita manusialah yang bodoh-bodoh, sehingga terlalu banyak ketawa terbahak-bahak, sekalipun sudah diterangkan demikian hebatnya Neraka itu. Ketawa terbahak-bahak menunjukkan kebodohan.
(petikan daripada 'Hidup Sesudah Mati' - Bey Arifin)

Dunia ini merupakan penjara bagi orang Mukmin, dan syurga bagi orang musyrik.

Semoga menjadi pedoman itu diamalkan dan disampaikan.

Ya ALLAH, Ya Khaliq, jauhilah kami dari godaan syaitan, dari fitnah Dajjal, dari fitnah dunia, dari amalan yang tidak diterima, dari azab kubur, dari api neraka.Allah SWT sebaik-baik tempat berlindung.

Sunday, June 6, 2010

BERHATI-HATILAH ANDA DI JALAN RAYA

kEseSAkAn hiGwAY kaRAk..:-(

urm...time ni mmg giler2 jamm highway karak..huhuhu..terseksanye batin aku drive kete..dh la mlm.time ni aku otw blik temerloh..kampung halaman gue dong..plaza tol gombak ni mmg x ckup lorong r..huhu..cuti pjg sket jamm..time ni 12 Feb 2010..kul 11mlm..huhu..time kt sni aku dh star mantuk dh..huhu

kat tol gombak

err...gambo ni kabur2 sket..huhuhu..ter'gerak time amek gambo..maklumlah..bosan..duk sorg2 dlm kete

erm..ni gambo time aku otw nk blik KL plak..huhuhu..jam jgak..awal tu blik..drive blek cramm kaki2 nie..

SANGAT BORINK

SALAM...KABARE...errmm mlm ni aku sgt boring..xtw nk wat pe..huhuhu...asyik donlod movie jerw..xlarat r pc aku nie..semput dia karang...asyik donlod jerw..huhuhu..bila nak balik kg ni..huhuhuaku kt kl lg skrg ni..

if aku balik pom..bkn ade sape kt rumah..huhu..family aku g perlis utk kali kedua...2x kali diorg g perlis dalam masa 2 minggu..

huhuhu..minggu lepas aku dh g tp mmg best r perlis..aku xpernah tgk perkampungan NELAYAN..fuh..mmg best r..dpt duk kg seminggu ni mmg best..aku tgk kapal2 diorg..fuh..rase mcm nk nek jerw..best dol..smpai situ aku ade amek gmbar sket..tp mmg bestla

Wednesday, May 26, 2010

AL-QURAN PALSU

Assalamualaikum wbt

JANGAN SESEKALI layari laman web www.thequran.com (Father Zakaria)

Tolong sebarkan email ini pada semua umat islam. Kalau nak beli
AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru, hati-hatilah kerana ada 4 surah
palsu ciptaan kafir laknatullah. Surah surah itu adalah :
AL-IMAN , AL -WASAYA, AL-TAJASUD DAN AL-MUSLIMOON.

kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat islam
seramai yang mungkin!!!!!!

SUMBANGAN IKHLAS DARI ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada kawan2 mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk
NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL

NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL
Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan
ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada
kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami
cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap
penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan
jarang ditemui di benua asia. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana
penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses
respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati
yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia
juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia
juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap
masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan
untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan
melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan
wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.
Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan
simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH
ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi
membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia
yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:

Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2

Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL and sekiranya ada tidak mampu
member sumbangan, diharap anda menyambungkan email ini kepada rakan-rakan
anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.

Tuesday, May 4, 2010

C.I.N.T.A.

Orang bertunang bertahun-tahun pun masih ada kemungkinan untuk berpisah. Orang yang berkahwin pun masih ada kemungkinan bercerai. ini beerti kita tidak mampu meramal masa depan..BERDOALAH KITA :-)

Jatuh cinta memang senang, mencintai juga memang senang, tetapi untuk mengekalkan kecintaan itu adalah sesuatu yang amat payah. Jatuh cinta memang kerja picisan, namun menjga cinta sehingga tumbuh mekar itu amat besar. Ada yang bercinta sampai berbulan tetapi akhirnya putus dalam sejam..ada yang bercinta makan setahun tetapi putus tak sampai sehari pun..

Mampukah anda sendiri mengekalkan cinta yang sudah ada di dalam jiwa??mudahkah??? Tanya diri anda....