Please Click It!!

RaKan-raKAn blOG

Wednesday, April 27, 2011

FAST & FURIOUS 5

  • Tak sabar nak tengok movie ni..
  • memang favourite aku..
  • semua sekuens dia aku dah tengok..
  • memang mantap.
  • bab2 kete ni aku memang laju..

PES 2010

Aktiviti aku masa lapang sekarang ini
adalah bermain PES 2010
sepatutnya dah 2011..
al-maklumlah..CD 2011 punya dah hilang..
huhuhu

cover depan
main page

Mengidam Ayam Goreng

hahaha..ayam goreng pasar malam...
menjadi idamanku malam ini...
huhuhu..salahkahku???
malam besok aku muncul kembali..
dengan ayam yang baru...

All Done??

As salam...adakah semuanya sudah berakhir untuk aku pada smester ini?
  • praktikum
  • assigment
  • amali seni
  • dsb.
huhuhu..Ada lagi bakal berlaku iaitu PAMERAN SENI..So kepada kawan-kawan, sebelum exam ada amali seni yang perlu dilaksanakan..Huhuhu..

Kalau nak diikutkan memang lah kita ni ada pengalaman dalam membuat pameran cuma satu je yang perlu di'handle' iaitu masa..huhuhu..

Zaman Pra dulu-dulu
(still remember dat moments)

NikAh GanTuNG from iluvislam.com

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

- Artikel iluvislam.com

p/s-tribute to iluvislam..huhu..aku dah baca and korang fikir-fikirkan lah...

REfleksi Praktikum

assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Memang tak sia-sia aku datang kat maktab semata-mata nak dengar refleksi praktiukm oleh En. Adam. Banyak penerangan benda yang aku dapat.
1st- Pensyarah suruh buat praktikum jauh-jauh tapi en. Adam kata pula buat dekat-dekat. Dapat jimat duit dan sebagainya. Bayangkan kalau buat dekat Shah Alam or Kuala Selangor. TOL,MINYAK,SEWA RUMAH dan lain-lain lagi..Adoyai, banyak masalah la..Kewangan student IPG siapa tahu. Pensyarah dah bergaji tinggi, student pulak pakai duit elaun. Mane ada duit la. Bukan semua anak orang kaya yang masuk IPG nie..Aku sokong en Adam.

2nd- Bayaran elaun praktikum. huhuhu..Agak kurang senang bila dengar bab elaun ni. Duit tak da ma..Tak pela asalkan duit yang di beri tu boleh diguna pakai untuk internship nanti. HUhuhu..Biar susah sekarang, nanti senang kemudian.. Sabar jela..

3th- Masalah pensyarah yang ada buat hal masing-masing. Nak aku bagitahu bukan semua tapi ada segelintir la. Markah bergantung kepada pensyarah pembimbing masing-masing..huhuhu..

So, aku dah tak tahu nak cerita pasal apa. Saje petang-petang hujan ni, baik aku menaip dari tidor..ok tak?amacam?

P/S-Wekend ni cuti. Tak tahu nak buat apa..huhuhuhu...

Tuesday, April 26, 2011

Asap Rokok Penyembuh Penyakit

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Memang ramai yang beranggapan bahawa asap rokok boleh menyebabkan kematian. Tetapi ketika aku membaca surat khabar 'tuutt' dalam minggu ini, ada artikel yang menyatakan asap tembakau boleh menyembuhkan penyakit. Aku tak dapat maklumat yang detail dalam internet ni tapi ada gambar yang menunjukkan doktor di situ berubat dengan asap tembakau. Kejadian ini berlaku di sebuah klinik di Indonesia..

Sunday, April 24, 2011

deRIta CintA SeoRAng GuRU

salam..huhu..dah lama gua x post entry kat blog nie..dah jadi macam tak aktif pulak..bukan apa..keje banyak..assigment lagi..praktikum pulak..adoii..tension gua..

Nak dijadikan cerita..kisah yang tak pernah kita alami tetapi mungkin boleh kita alami. Melibatkan seorang guru lama dengan kisah cinta beliau. Cinta tak dapat dinafikan cinta itu buta. Ketika praktikum di salah sebuah sekolah rendah di Ampang (sekolah dirahsiakan) gua ada bersembang dengan seorang guru lelaki paling lama di sekolah tersebut. Beliau di sana lebih kurang 22tahun lamanya.

Kisah cinta si dia penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun akhirnya mempunyai hikmahnya. Berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Mereka menjadi suka sama suka. Dikurniakan 2 orang cahaya mata. Namun akhirnya, dia mendapat tahu bahawa isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain di pejabat. Hancur hati jika kita tahu isteri kita mempunyai kekasih lain di luar. Sama sahaja. Jangan menanggap lelaki saja yang curang tetapi perempuan ada juga.

Cikgu lelaki ini tabah membesarkan kedua-dua anaknya. Mereka ditinggalkan ketika berusia 4 tahun yang sulungnya. Cikgu itu menceritakan sekiranya ada kursus, beliau akan membawa anaknya sekali berkursus. Paling lama beliau membawa anaknya adalah selama seminggu. Itulah tugas beliau menjaga anak tanpa bantuan isteri.

Anak-anak tidak menjadi masalah kepadanya. Segala asuhan dan didikan yang betul menjadikan mereka insan berguna. GUa khusyuk mendengar cerita cikgu tersebut. Gua sangat respek kerana beliau seorang yang sangat tabah. Sekarang umur anaknya yang paling sulung 17 tahun ke 20 tahun la..Aku pun dah lupa..

Berbalik kepada apa yang terjadi pada bekas isterinya. Dia telah berkahwin dengan lelaki tersebut namun sampai sekarang tidak dikurniakan anak lagi. Kita dah nampak balasan Allah kepada si bekas isteri itu. So sekarang, ex dia tu sebok2 plak nak kat anak dia..Huhuhu..Apa nak jadila..

p/s-Pilih pasangan, pilihlah yang sebaiknya bukannya utamakan paras rupa. Sebab kita akan hidup bersamanya selama-lam yang mungkin..

Thursday, April 28, 2011