Please Click It!!

RaKan-raKAn blOG

Tuesday, December 21, 2010

Hukum Menyimpan Kuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua haiwan tersebut jadi, potonglah kuku anda.

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrup dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Info Tambahan

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli./ E.Coli 0157

Hakikatnya, mungkin ramai yang faham bahaya E.Coli, iaitu sejenis kuman yang mengeluarkan toksin dan boleh mengundang gejala keracunan apabila berlaku pemindahannya daripada proses pembuangan najis. E.Coli dikaitkan sebagai bakteria penunjuk najis, manakala E.Coli 0157 adalah EHEC (Entero Heamoragic E.Coli).

Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Selain itu, memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah). ini sesuai dengan hadis

Nabi saw yang bermaksud:

"Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan menggunting misai"

(Sahih Muslim)

Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran.

Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:
"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

Saturday, December 11, 2010

tips untuk mengelakkan kena saman..!!

1. Jangan beli kereta @ motor..guna bas atau kenderaan awam.
2. kalau ader kereta, jangan bawa kat atas jalan simpan kat garaj.
3. kalau bawa kereta keluar..pastikan anda ikut peraturan kalau highway 110. anda bawa 50 km/j atau kurang ke tahap 0.
4. paling penting bawa dokumen penting spt lesen, surat beranak atau lain2…kalau ader roadblok bagi semua…
5. tak kurang penting baca doa..doa perjalanan , doa balik kampung , doa tak kena saman atau doa2 lain yg berkaitan.

ok lah..
selamat mencuba.=)

Kelebihan membaca Al Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

thanks to bloger=

http://hatikering.wordpress.com/2008/08/09/kelebihan-membaca-al-mathurat/

http://melangkahterus.blogspot.com/2009/07/kelebihan-al-mathurat.html

tiMe cuTi jer Aku aDA INsomNIa!!

huhuhu..mengapa setiap kali cuti aku kena insomnia??
cara hidup aku salah ke??
jawapan=memang..aku keje malam..siang aku tido..huhuhu
so..time cuti ni aku tak boleh tido..adoyai..
kadang-kadang lepas subuh baru boleh tidor..
Ya Allah..Help me..

hiduP tAk SeMudaH jiKa tAk MeNCarI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Sudah lama aku tidak mengemaskini Blog KINGRAFF AL-PAHANGAN ni..Al-maklumlah, PC rosak tidak diperbaiki lagi..Anda percaya hidup ini susah? Hanya diri sendiri yang mengetahui jawapannya..Bergantung pada keadaan anda..

Jika anda seorang yang kaya raya?anda susah ke senang?itulah yang dikatakan jawapan itu bergantung pada diri sendiri atau empunya badan..

Aku sendiri sudah melalui kehidupan sebagai orang susah dan senang..Memang berbeza..tetapi kesenangan itu boleh dicari jika rajin berusaha..Betul kata orang..'orang yang rajin berusaha/bekerja pasti mendapat hasil yang lumayan..

SUSAH??..Memang aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tetapi kadan-kadang aku pernah hidup susah..Tanya pada seorang PElAJAR universiti..adakah mereka hidup senang atau susah?Menurut pemerhatian aku,banyak cabaran bagi seseorang yang sedang belajar..Inilah yang dikatakan CABARAN hidup..Seseorang akan menjadi lebih-lebih manja jika selalu diberi kesenangan..Mereka tidak pernah belajar cara hidup susah..Aku menaggap mereka sebagai orang yang tidak pandai berdikari..Semuanya diminta dapat..petik jari sahaja memadai untuk 'nak itu, nak ini'..

Alhamdulillah, suatu hari nanti kita akan pasti hidup dalam kehidupan yang kita inginkan..Bak kata pepatah.'bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian'..Biar kita belajar sekarang dengan kesusahan tetapi akhir nanti kita berjaya dengan kesenangan..Aku Doakan Anda Semua BERJAYA selalu..

Thursday, November 25, 2010

kHAsiAt TImuN!!

Khasiat timun

Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris isi putih kehijauan terserlah. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.

Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.

* Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

* Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat di dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

* Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

* Hiris timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

* Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.

* Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

* Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah

rendah.

* Timun mengandungi Erepsin - enzim yang membantu

menghadamkan protein.

* Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut

terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kubis dan

bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus

untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik di

dalam badan.

* Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang

masalah kuku.

sEMEsTer BreAk!!

~gua dah bosan tahap cipan..
~tengah tunggu kerja tak dapat2..(err..memilih kot)..humm
~exam dah habis..senang hati tapi tunggu result..humh..mcm besela result aku..=(
~PC pulak rosak..aku tak tahu apa nak jadi..ada ladtop rosak..ada PC plak buat2 rosak..
~mintak2 la dapat kerja awal sket..senang hati..duit oh duit di mana kau duit..

Tuesday, November 2, 2010

RenuNG-reNuGkanLah

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

~Dipetik dari facebook 'tok wan'~

Wednesday, October 27, 2010

=(

cuti sem akan datang..so..anda semua berambuslah dari maktab nie..
balik negeri masing-masing..
macam haram..
....
...................
..............................
.................
.......................
................
..........
.....
....
.

Thursday, October 21, 2010

IstERi YG mERuGikAn

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran.Insya'Allah.

Seorang hamba Allah (si A), telahpun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.

Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). anah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah.
Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4,manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% saya perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya
yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang)dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anakperempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak
yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik
lelakinya yang ketiga dan kelima;manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat iaitu:

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik(pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan,tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga".

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan
satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

*huhu,,jauhkanlah dari perkara sebegini..SEmoga aku dan rakan2 mendapat calon isteri?suami yg soleh dan solehah.

p/s=cerita ini bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga untuk perempuan..

assalamualaikum..

CIri-cIRi ISTERI soLEhaH

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menja
ga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

~huhu..bkn sng nk dpt isteri yang solehah..tapi sebagai seorang lelaki yang mahukan isteri solehah,,baiklah kita menjadi suami yg mithali dahulu..huhuhu
*aku tak mintak banyak pun kat ciri-ciri future wife aku..yang penting dia seorang yang TAAT, mendengar arahan suaminya sahaja..huhuhu..

ermm..dapatkah aku??
assalamualaikum wbt..

Monday, October 11, 2010

merDeka dah Ke seM nie??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

ermm..dah merdeka ke belum aku nie?
hahaha..semua benda sem nie aku dah setel kecuali EXAM..huhu..tapi aku dapat merasai bila aku dah merdeka dalam dari segi assigment, mikro teaching, amali dan sebagainya..hehehe..nikmat2..
hari ini semua budak g.4.5 dah setel mikro teching PJ dengan Mr. Balkaran..hebat anda semua..tahniah aku ucapkan..

err..exam plak kadang2 yang mencuakkan aku. Result tak da la gempak mana pun..classmate yang lwn lagi dasyat pointer mereka2..huhu..

tapi aku rasa..aku macam dah merdeka sekarang..hahaha..lantaklah..yang penting jiwa aku dah lega..semua setel..fokus dekat EXAM je..All The Best to You All =)
salam..
Picture 1st BIG G1.5 (Morib)
Last Day..

Thursday, October 7, 2010

kOMaNdo!!!

arghh...aku xtaw kenapa aku jadi mcm nie..
buat malu jer..huhuh..
kena jadi komando..
tu lah pasal..orang g khemah nk dpt sijil 1st aid..
yang kitorg nie..g tido kat dorm..
orang duk tido khemah..yg aku nie suka2 tido dlm dorm..huhu
cari pasai..

"xpa..benda2 nie kita 'atuq'.."
last2..kitorang kna ber'atoQ' kt luar..
huhu..wat malu jer org tgk..
ayat tauke ikan bilis ipik..
'bob Petir'..

cuak pun ada gak..tgk elok2 landing..
lecturer masuk suh bangun..
semua bangun!!
huhu..terkamam seketika(seperti mulut tgah kemam nasi)
pastu aku n yg len2 kna beratoq..

baris panjang2, kena soal siasat..
huhu..nama kena amek..
lec cakap kena 'REPEAT'!
perghh..aku dalam hati memang menyesal lah..

muka dah kena mug..ciap amek gambar lg..
ada sorang lec suh masuk dalam lumpur..
perghh...selut aku masuk samapai takat lutut..
kena merangkak macam komando dalam air tuh,,..
air yang mula2 jernih, akhirnya berkeruh..huhu

habis baju basah..last2 kena kawad..adoyai..
lagilah x syok..depan orang ramai tuh..
tapi before kawad,,muka kena calit lumpur..
huhu..xtahan bau dia..
mcm pakai mask kt muka dah.

kena kawad,pastu pum-ping..
err..nyanyi lagu 'Guru Malaysia' plak tuh..
huhu..aku kira 3x kena nynayi lagu tuh..

adoyai..malu2 tapi kitorang suka benda nie..
memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan..
kami menggelarkan diri kami 'KOMANDO'..
hahaha..malu tapi syok..
semua komando 14 orang..
3 KRS & 11 PBSM..
huhuhu..

muka2 komando pada last day..tetap kenangan..=)

TaPAk AwAl =)

Sg. Kelantan!(mcm sg. Temerloh gk)

assalamualaikum w.b.t. huhuhu...segan plak aku nak citer bab nie.. tp xpela.,luahan perasaan.. tanggal 13 sepetember 2010.. aku berjaya menjejakkan kaki ke KUALA KRAI.. dh lama mengidam nk g klate nie..tp raya tahun ni aku dapat menapakkan capal aku kat kelate.. hihihi..bajet nak holiday kt klate 1 malam je.. tapi aku telah dipertahankan di lepan pauh selama 3 hari 2 malam.. memang x disangka2..hahaha

Friday, October 1, 2010

DuGaAn hAmBa ALLAH

assalamualaikum w.b.t

syukur kepada Allah yg banyak memberi nikmat pada kita,
hargailah masa yg ada dengan sebaik-baiknya,
hidup di dunia adalah sementara saja,
tapi pelbagai cabaran dan dugaan yg di rasa.

bila senang, kawan datang,
bila susah, kawan tak pandang,
duit banyak bukan halangan,
yang penting redha apa yg ada.

usia manusia boleh di kira,
ajal dan maut tak boleh diukur,
hidup di dunia perlulah banyak berbakti,
jangan sampai dengki sehingga ke mati.

apa2 pun, kita kena sabar apa yg berlaku,
elakkan dari menyalahkan orang lain,
jgn menunding jari kepada org lain,
tetapi cari kesalahan diri sendiri dahulu.

xde mood nye malam nie..apa yg aku wat semua x jadi,
manusia mcm aku mmg cmnie..bila dah susah barulah cari Allah..
to all my fren, May God Bless You..
jadilah manusia yang berguna..
ampun maaf dari kingraff kpd semua..
halalkan makan dan minum..

Sunday, September 19, 2010

HeBak mOk Cik niE

pOK CIk dAn Lif

Nak dijadikan cerita, ada seorang pak cik ni berasal dari kampung dan tak pernah pun datang ke bandar.
Suatu hari tu, dia pergi la ke bandar untuk mengenali apa itu "bandar".hahaha...
Pak cik tersebut masuk la ke dalam sebuah bangunan dan ternampak la lif.

Dengan muka tanpa belas kasihan, pak cik itu menyangka yang lif tersebut ialah "oven" besar.
Dan pada masa itu juga lah, ada seorang mat salleh yang mahu menggunakan lif itu.
Dengan penuh tanggungjawab nya, pak cik itu berkata "sir, don't go inside"
Tapi, mat salleh tersebut tak mendengar kata-kata pak cik itu.
Pak cik itu pun terasa sedih dan hanya berdiri je depan lif tu.

Tiba-tiba, lif tersebut pun terbuka, dan seorang YB keling keluar daripada lif tersebut.
Dengan terkejut dan yakin nya, pak cik tupun berkata-kata lagi...
hahaha..kan tadi aku da cakap, jangan masuk dalam benda ni, tengok kan da hangus...

Saturday, September 18, 2010

UTARA VS GANU

Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.
One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..
” Amer.. nok ujang..”
“Nanti la jap.. aku baru jer nak baca..” jawab lembut jer Amer.
“Ameer.. nok ujang tu” Abu tak putus asa.
” Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!” panas sikit Amer.
“Amer ! Nok ujang !! ” Suara Abu sedikit keras.
“Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??”
Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.
“Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh..” kecut jer Abu jawab..
Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.

LaWAk BAs KilANG

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

MenGapA kAwAsAn UtarA tIDak diTawAn OleH PORTUGID??

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,
hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan
pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat
ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

scroll sampai bawah.....

lagi....

lagi...

Hang tunggu apa lagi...hang nak mampuih ka....hang pi buat kerja nu!!!

KELAKAR : ISTERI TERSAYANG...

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Thursday, September 2, 2010

SEKUlARISmE

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusankeagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.

Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

Tujuan dan alasan menyokong sekularisme pelbagai. Di Eropah, sekularisme disokong sekarang ia pergerakan ke arah modernisasi. Sekularisme jenis ini, pada tahap sosial dan falsafah, masih mengekalkan agama rasmi negara atau sokongan rasmi yang lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah orang berpendapat sekularisme melindungi agama daripada diganggu kerajaan, dan pada masa yang sama di peringkat sosial sekularisme tidak meluas. Di kebanyakan negara pula, pergerakan politik yang berlainan menyokong sekularisme kerana pelbagai alasan.

Friday, August 27, 2010

BuNGa LAyu paSti KembANg SeMUla..

Assalamualaaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada sesiapa yang membaca post nie.

Pengalaman banyak mengajar aku dalam mengharungi erti2 hidup di dunia ini. Banyak perkara yang perlu dipelajari dengan pengalaman..walaupun hidup berusia dengan 3 tahun, pastikan pengalaman anda lebih dari 3 tahun..Aku berpendapat sangat rugi jika hidup lama tapi tak pendai nak mencari pengalaman..Bak kata pepatah 'bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian'..Angaplah segala dugaan yg kita terima ada kebaikan.Tak kiralah dari aspek cinta,kewangan,perhubungan,dan sebagainya..

Hargailah apa yang kita ada..Aku seseorang yg xpandai nak menghargai orang lain tetapi dengan pengalaman yg aku dapat baru2 nie..aku terasa walaupun dia myumbang kita or kasi kita 10sen pun..hargailah diri mereka..apatah lagi yg tolong masakkan kita,basuh baju kita,uruskan kehidupan kita dan sebagainya..Im sowry for everything what i've done for u..=(..all my mistakess..so many mistakesss..

Perhargaan seseorang pada kita amat penting..hargailah apa yg kita ada..aku rase sgt3 menyesal..serius i'll apreciate wat u've done for me.. huhu...kpade sape2 yg bace post nnie..pandai2 la korang kaitkan pe yang cerita ni dengan tajuk di atas..huhuhu..

p/s-penat..kaki sakit..baru pas main futsal..huhuhu..

salam..

Friday, August 20, 2010

DIAM BUKAN BEERTI KALAH!!

Bagaimana kita berhadapan dengan suasana tegang atau panas atau 'hot' dengan kawan2 anda?? Islam menyukai jika seseorang itu mengambil langkah untuk BERDIAM. Dia bukan beerti kalah. Mengalah atau mengelak terjadinya pergaduhan itu lebih baik, walaupun kita dalam keadaan benar.

Allah SWt melarang umatnya menggunakaan kata2 berunsur menghina atau mengejek kepada orang lain. Misalnya 'pengecut' atau 'bodoh'.. Istilah demikian boleh membangkitkan kemarahan orang lain..

Rasulullah pernah bersabda 'Sesungguhnya orang yg pling dibenci oleh Allah Taala ialah orang yg pling degil dan suka bertelingkah'.

Menurut Imam al-Ghazali, tanda2 lidah yg kotor adalah:
  • berkata2 yg tidak berfaedah
  • berlebih-lebihan ketika bercakap
  • suka bercakap batil
  • banyak memaki hamun
  • suka bertengkar/bertikam lidah
  • mencari kesalahan orang lain
  • suka mengumpat
  • bergurau secara berlebihan
  • suka mengejek atau menghina org lain
  • bersumpah palsu
  • memuji bukan pada tempatnya ataupun MENGAMPU..
huhuhu....takotnye benda2 di atas ni..kdg2 kita x sedar apa yg kita ckpkn..huhuhu..kdg2 aku suka sangat bergurau secara berlebihan...renung2 kan lah..ingat2 kanlah pada kwn2 kita..

sebelum itu: 'Peribadi seseorang itu boleh dilihat pada kata-katanya..Jika baikbutir katanya,maka baiklah budi pekertinya..Jika kasar kata-katanya,,,maka kasarlah keperibadiannya..

Tuesday, August 3, 2010

SetTELkaN aPa yANg pATut!!

salam KABARE...
next week dah nak puasa..so apa lagi korang semua..
yang mana tak ganti lagi..cepat2 ganti..
jangan lewat sangat..kand ada jugak yang kena bayar fidyah(huhu yeke ni?)

pe2 pun..selamat menggantikan puasa anda yang berlu langsai..hahaha..
salam..

mood=fade up
=(

Saturday, July 31, 2010

Weekend yang Hujan =(

assalamualaikum w.b.t.

rase dh lama x update blog nie..hhuhu
mcm2 dugaan n cabaran yg aku dpt..sedih2..dugaan dri Allah Yang Maha Kuasa..
minggu ni Pc rosak..keje pe xleh wat..huhu..
problem ada je..nasib baik ada orang yg support aku dr blakang..thanks..=)

duit..duit.. oh duit..huhuhu
dah ada elaun..duit pun tak cukup2 lg..huhu
agaknye..aku ni boros kot..
aku dah plan untuk elaun yang baru nie..
nk jimat..nak jimat!!!..tolonglah aku..

hari ni 31 Julai..
besok 1 ogos..
next week puasa..
next month..RAYA..hahaha
sekejap je masa berlalu..
aku dah sem 4 eak..rase mcm baru masuk maktab jer..

lebat hujan kat luar..
camnela aku orang yang naik motor eak..
mesti basah kuyup nanti..
relaxla..pengalaman..aku pun pernah gak naik motor hujan2..
lagi lebat tuh..

duk sorang2 dalam rumah ni..
semua orang keluar..
handset senyap jerw
xde orang nak mesej..
xde orang nak call =(

waa...waa...buhsannye...
nak letak gambar tapi mesti ada kamera..
aku nak beli kamera..
nak beli jugak!!!
kamera hanset ada tapi hanset plak rosak..
huhu..x syok r post xde gambar..huhu
relax2..cool jew..

huhuhu..last2..aku letak gambar aku jela =)
peace nor war...!!

assalamualaikum...=)

Sunday, July 18, 2010

Sg. cOnGKak

salam...erm..dh lama x update blog nie..huhu..aku just nk share ngan korang2 semua je..pada tanggal 11 Julai..aku g sg congkak..hahaha..tp xdela sorang2..ngan classmate aku semua..huhu..
dtg2 nk release tension jerw..saje2..eratkan hubungan..
ermm..hopefully pasni ada byk lagi la program ngan bdk2 kelas eak..kita eratkan ukhwah...dekatkan apa yg telah renggang..

sepatutnye aku dh post lama dh..minggu lpas tp ade BIG..huhu..x jadi la plak..huhuhu..
teletubies malaysia..hahaha
aku tw diorg bosan sbb x mandi..hehehe
orang yg x mandi..takot air
orang yg ditendang dlm air.. i like.!!
jejaka gagah dan tersangat tampan..hahaha

nina,,seha n cik..keje mengendap anak bujang org tukar baju..hahaah
mandi x ingat dunia

kemas brg...banjir..huhuuapa yg penting...kita makan..hihi..

huhuhu...ermmstakat ni kot gmbo yg aku upload utk korg2 tgk..huhu..yg len xde lg r..ada byk tp malas r nk upload..huhu..
ok lah..aku chow dlu..tata..salam..

KOSMO : Haram pakai jersi lambang salib

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

NOOH GADOT

ARKIB=KOSMO ONLINE

Sunday, July 11, 2010

fEElinG

cinta tak semudah yang disangka,
banyak perkara yang perlu kita fahami,
bukan mudah untuk bahagia,
tetapi pelbagai cara utk bahagia,

hati bukan untuk dijual beli,
sama seperti dengan perasaan,
jangan menanggap insan lemah seperti aku tak pandai berperasaan,
kerana tidak semua orang boleh memahami perasaan aku.
sesiapa yg kenal aku,mereka tahu itu aku...

senyap tak beerti 'kosong',
berkata pula tidak semestinya bijak,
aku mmg suka senyap,
sebab senyap berharga untuk aku,,

huhu..sangat penat hari ni..gi mandi2 ngan classmate..pe2 pon..we've done it!..congratulations to all...
erm..bosannyela..huhu..xtw nak buat apa..huhu..
huhu..so karya atas time aku tengah bosan..huhu

p/s-siapa2 yg ada gambar time picnic td..nak eak..nak upload kt blog nie..yeezza..

salam...

Saturday, July 10, 2010

PicNiC

assalamulaikum....

aku xtw aku nk post apa..huhu..tp yg aku tw pg besok bersamaan 11 Julai 2010,,aku ngan budak2 kelas kawan aku nak pergi picnic dgn err...aku xtw r plak..huhu
sama ada sg congkak @ sg. gabai..huhuhu..aku pn xtw..saje jerw nk post kt snie..haha

hopefully..pada bdk G4.5..happy tomorrow ea..dont noty2..hahaha..

p/S=nati aku uploadkan gambo2 kt tmpt yg kita picnic nati eak..

have a nice holiday to you all..

Tuesday, July 6, 2010

mY clAssMAte

assalamualaikum w.b.t.

erm..banyak pengalaman manis sepanjang aku berada di institut perguruan nie..alhamdulillah..banyak perkara baru yg aku pelajari..biarlah hidup ini depenuhi dengan pengalaman..jangan jadi seperti orang 'kosong' jerw..tak tau apa2 sepanjang hidup mereka..huhu.
so,,dalam kelas yang ada 20 orang nie..banyak program dan aktiviti2 yg telah kami adakan..memang syok duk kelas PSV nie..macam2 karenah aku dah jumpa..huhuhu..

gambar ni masa kat kelas..yang duduk sebelah kiri marziah tu tutor aku..pn.Norliza..time ni if tak silap ada jamuan seket kat kelas aku..tutor aku belanja..hahaha...

get ready untuk amek gambo..1..2..3..peace!!

ape kes nie??

lelaki melayu terakhir..hahaha

huhu..part nie..gambar dioarang je yg ada..huhuhu..

huhu...yang nie event tahun lepas yang pnya..huhu..nati aku upload event lain plak..hehehe..salam

Monday, June 28, 2010

LagENda BudAk seTAn

salam...
bertemu kita kembali lagi..huhuhu
aku dh tgk citer Lagenda Budak Setan..aku bkn jiwang pun tp aku suka style farid kamil berlakon..huhu

aku suka lagu ost citer nie.. bila cinta..layan laa..

x lupe juga..
aku sertakan lirik nya..hee..

Bila cinta kini.

Tak lagi bermakna

Yang ku rasa kini

Hanyalah nestapa

Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan

Manisnya janjimu

Yang ku sambut itu

Dengan segenap hatiku

Bila engkau pergi

Tinggalkanku

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Ternyata memilih

Cinta yang fana

Perginya dirimu

merobek jantungku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Uuu...

Dalam harapan

Saturday, June 26, 2010

Al-Fatihah 2

assalamualaikum..erm aku pun xde mood nk type ptg2 nie..huhu..
sambungan dr kisah minggu lepas tu sebenarnya kawan tempat keje bapak aku meninggal..sedih gk r..muda lg..anak pun kecik lg..if x cilap aku 3 orang..paling besar darjah 2..1 kelas ngan adek aku..pling kecik 6 bulan..huhuhu..kecik lg..sian la aku tgok..ermmpe2 pon..kita sedekahlah Al-Fatihah kpda arwah..
Al-fatihah..

Friday, September 24, 2010